Saturday, June 27, 2009

Sejarah Moor

Eumora diperbuat daripada Tiefen atau Deep Moor yang berasal dari Austria dan ia merupakan sejenis lumpur yang jarang serta kaya dengan nutrien. Moor telah terbentuk sejak zaman ais.

HEILMOOR sudah terbukti berkurun-kurun

Pada kurun ke-16, pengkaji alkimia yang terkenal Paracelsus telah menyatakan Moor sebagai 'Quinta Essentia Vitae' kerana beliau percaya bahawa ia merupakan suatu bahan yang dapat membolehkan manusia kekal abadi.

Kini, klinik Moor mengemukakan satu siri rawatan berasaskan Moor dan ia telah menjadi semakin popular di seluruh Eropah.

Doktor-doktor di Eropah biasa menggunakan produk Moor atau memperkenalkannya bagi rawatan terhadap kulit yang bengkak, radang dan bernanah, serta penyakit yang berkenaan dengan usus atau artritis. Sekarang, kebanyakan hospital di Jerman dan Austria telah menyediakan rawatan Moor dengan pekerja yang terlatih.

Beratus-ratus sebatian herba organik, unsur surih, hormon tumbuhan, antibiotik semulajadi, dan bahan aktif yang lain bergabung bersama untuk menghasilkan satu-satunya keajaiban alam semulajadi. Moor yang tebal kaya dengan nutrien.

Jika guna bersama bahan organik yang tabii tersebut, keupayaan Deep Moor dalam penyembuhan dan pengembalian kemudaan akan menjadikannya bahan detoksifikasi & terapeutik yang paling berkesan serta menyakinkan di alam semulajadi.

Kebaikan Moor - kaya dengan minyak perahan tumbuhan, asid lemak dan lipid, yang wujud secara semulajadi; tidak seperti apa yang bukan asli atau ditaruhkan dalam kebanyakkan kosmetik oleh manusia.

Kajian telah menunjukkan bahawa:-

1. Ia meresap dengan mudah ke dalam lapisan kulit, mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit dan mempertingkatkan aliran darah ke kulit.

2. Kulit dapat mengalami detoksifikasi, pembersihan, penyegaran semula oleh nutrien aktif organik & bukan organik yang boleh larut.

3. Ia telah melalui kajian klinikal dan didapati bahawa ia tidak akan mengakibatkan alahan, malah juga sesuai dan bermanfaat untuk semua jenis kulit. Ia juga menyenangkan kita kerana tidak perlu menggunakan perlbagai jenis krim penjagaan kulit.

No comments:

Post a Comment