Wednesday, July 15, 2009

cecara nak menempek sabun...

  1. Basuh tangan dan bersihkannya terlebih dahulu. Gosokkan sabun pada tapak tangan untuk keluarkan buih. Ambil buih dan letakkan di kawasan yang bermasalah seperti jeragat, parut, kedut dan liang-liang roma yg besar sambil gosok perlahan-lahan ala-ala nak buat bulatan (tak bulat sangat pun takpe) hingga meresap ke dalam kulit. Kemudian basahkan tangan dan gosok lagi hingga keluar buih. Seterusnya gosok ke seluruh bahagian muka. Bagi anda yang pertama kali menggunakannya, massage muka sehingga buih menyerap ke dalam kulit. Bagi mereka yang telah lama menggunakannya, cukup dengan hanya gosokkan buih ke seluruh muka sahaja.
  2. Kemudian biarkan selama lebih kurang 3 minit, kurang tidak apa. Jika sudah lama guna, cuma biarkan 1-2 minit sahaja.
  3. Basuh muka dan biarkan kering sendiri (jangan lap). Tidak perlu gunakan toner dan cleanser lagi. Jika perlu hanya gunakan moisturizer & sunblock sahaja.
  4. Sesuai digunakan 2 kali sehari (pagi dan malam).
  5. Sabun ini boleh mencerahkan kawasan yang gelap seperti celah ketiak, peha dan leher. Pada bahagian badan boleh dibiarkan lebih dari 3 minit sebelum cuci.
  6. Boleh juga digunakan sebagai shampoo rambut (tidak perlu guna shampoo dan conditioner lain lagi). Caranya mudah -- basahkan rambut kemudian keluarkan buih pada tapak tangan dan gosok seluruh kepala dan rambut. Tidak perlu buih yang banyak seperti shampoo rambut biasa. InsyaAllah rambut akan lebih lembut, bersinar, hitam, lebat dan tiada kelemumur.

No comments:

Post a Comment